Sebagian pihak
seperti golongan al-Wahhabiyyah (yang mengaku diri mereka sebagai
al-Salafiyyah - sedangkan al-Salafus-Salih berlepas daripada mereka - )
mereka mengklaim bahwa al-Imam al-Shafi^i menolak dan mencela ilmu kalam
secara mutlak. Mereka mendatangkan beberapa perkataan al-Imam
al-Shafi^i – dgn sangkaan mereka – yang menunjukkan penentangan dan
penolakan beliau terhadap ilmu kalam tersebut.
Dalam sebuah website nyambimungkarDotCom, mereka memuat artikel bahwasannya Imam Syafi'i Membenci Bid'ah berupa Ilmu kalam dan Ahli Kalam. Bahkan situs yang dikelola oleh Tokoh Wahabi Lokal Hartono Ahmad Jaiz tersebut juga mulai menuduh Golongan Asya'irah (Ahlussunnah Wal Jama'ah).
Di Antara kata-kata yang
dianggap sebagai pendapat al-Imam al-Shafi^i ialah:
لأن يلقى الله العبدُ بكل ذنب ما عدا الشرك خير له من أن يلقاه بعلم الكلام
: “Bahwa pertemuan seorang hamba dengan Allah dengan setiap dosa yang
selain dosa syirik itu lebih baik baginya daripada dia bertemu Allah
dengan ilmu kalam”.
لأن يلقى الله عزّ وجلّ العبدُ بكل ذنب ما خلا الشرك خير له من أن يلقاه بشىء من هذه الأهواء
: “Bahwa pertemuan seorang hamba dengan Allah azza wa-jall dengan setiap
dosa yang selain dosa syirik itu lebih baik baginya daripada dia
bertemu Allah dengan sesuatu yang muncul daripada hawa nafsu
(al-ahwa’)”.
Kata-kata al-Imam al-Shafi^i yang diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir
di atas menjelaskan pendirian yang sebenarnya dari al-Imam al-Shafi^i
terhadap ilmu kalam. Sebenarnya perkara yang ditentang dan ditolak oleh
al-Imam al-Shafi^i ialah ilmu kalam golongan al-Ahwa’ iaitu ilmu kalam
golongan yang menyeleweng daripada ajaran Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah
seperti golongan al-Mujassimah, al-Mu^tazilah, Jabbariyyah dan yang
sebagainya. Adapun ilmu kalam golongan Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah maka itu
tidak ditentang dan tidak ditolak al-Imam al-Shafi^i.
Al-Imam al-Hafiz Ibn ^Asakir menyatakan dalam kitabnya Tabyin Kadhibil-Muftari[2]:
والكلامُ المذموم كلام أصحاب الأهوية وما
يزخرفه أرباب البدع الـمُرْدية فأما الكلام الموافق للكتاب والسنة الموضح
لحقائق الأصول عند ظهور الفتنة فهو محمود عند العلماء ومن يعلمه وقد كان
الشافعي يحسنه ويفهمه وقد تكلم مع غير واحد ممن ابتدع وأقام الجحة عليه حتى
انقطع
: “Dan perbahasan kalam yang dicela ialah perbahasan kalam golongan
Ahwiyyah (pengikut hawa nafsu yang juga digelari sebagai Ahlul-Ahwa’)
dan sesuatu yang dianggap baik oleh ahli bidaah yang menyeleweng.
Adapun perbahasan kalam yang selaras dengan al-Kitab (al-Quran) dan
al-Sunnah yang menjelaskan hakikat-hakikat usul (tauhid) ketika
munculnya fitnah (ketika berkeliarannya golongan sesat) maka ini suatu
hal yang terpuji di menurut para ulama dan siapa yang mengetahuinya.
Sesungguhnya al-Imam al-Shafi^i menguasai dengan baik dan memahami
bahasan kalam ini, dan beliau juga membahas atau berbicara dengan ilmu
kalam dengan seorang daripada golongan yang telah melakukan bidaah
kalam dan beliau telah dapat mengalahkan hujah atas ahli bidaah
tersebut sehingga putus”.
Al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Asma’
was-Sifat[3] perdebatan panjang yang berlaku di antara al-Imam
al-Shafi^i dengan seorang yang berfahaman Mu^tazilah yang bernama Hafs
al-Fard sehingga al-Imam al-Shafi^i dapat mematahkan hujah-hujah
lawannya. Perdebatan ini jelas membuktikan bahawa al-Imam al-Shafi^i
seorang yang mahir dan pakar dalam ilmu kalam.
Selain itu, al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi berkata dalam kitabnya Manaqib
al-Shafi^i[4]bahawa beliau membaca suatu hikayat yang ada dalam kitab
Abu Nu^aym al-Asbahani daripada al-Sahib ibn ^Abbad bahwa dia menyebut
dalam kitabnya dengan isnad beliau daripada Ishaq bahawa dia (Ishaq)
berkata: “Ayahku berkata kepadaku: “Pada suatu hari al-Shafi^i berbicara
dalam ilmu kalam dengan sebagian fuqaha’ lalu beliau menghaluskannya
dan menelitinya, bersungguh dan bersusah-payah dengan bahasannya. Lalu
aku berkata kepada beliau: “Wahai Abu ^Abdullah! Ini adalah milik ahli
kalam (mutakallimun) bukannnya milik ahli halal dan haram (fuqaha’).
Lalu dia berkata:
أحكمنا ذاك قبل هذا
: “Kami telah menyempurnakan perkara itu (ilmu kalam) sebelum perkara ini (ilmu fiqh; hukum halal dan haram)”.
Ilmu kalam menurut Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah dan
al-Maturidiyyah adalah salah satu nama di antara nama-nama yang merujuk
kepada ilmu tauhid. Namun, sebagian pihak seperti golongan
al-Wahhabiyyah coba2 membedakan ilmu kalam dengan ilmu tauhid tanpa
sebab yang kuat. Mereka menuduh bahawa ilmu kalam Ahlus-Sunnah
al-Ashairah dan al-Maturidiyyah ini mengajar falsafah yang
berbelit-belit dan bukannya mengajar ilmu tauhid. Tuduhan seperti ini
acap kali dikeluarkan oleh syaikh wahabi dalam banyak tulisan dan
ucapannya dengan bertaqlid kepada pendapat beberapa orang tokoh
kegemarannya tanpa hujah dan bukti yang kukuh.
Siapalah mereka syaikh wahabi yang mencela ilmu kalam al-Asha^irah jika
dibandingkan dengan ketokohan dan keilmuan al-Imam al-Hafiz Ibn ^Asakir
dan al-Imam al-Hafiz al-Bayhaqi yang membela ilmu kalam Ahlus-Sunnah
wal-Jama^ah al-Asha^irah dan al-Maturidiyyah! inilah kerapuhan salafy
yg mencela ilmu kalam. WaLlahu a^lam.
________________________________________
[1] Ibn ^Asakir, Tabyin Kadhibil-Muftari, Dar al-Kitab al-^Arabi, Beirut, hlm. 337.
[2] Ibid, hlm. 339.
[3] Al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat, Dar Ihya’ al-Turath al-^Arabi, Beirut, hlm. 252.
[4] Al-Bayhaqi, Manaqib al-Shafi^i, Dar al-Nasr lit-Tiba^ah, Kaherah, juz. 1, hlm. 457.
Penulis: Qultu Man Ana
(nahimunkar.net)
Tidak ada komentar: